JMR di GT World Challenge Asia

Di Sebalik Race GT: Pengalaman Eksklusif Bersama JMR di GT World Challenge Asia Sepang

Minggu ini aku berpeluang menyertai salah satu acara paling hebat dalam dunia motorsport GT World Challenge Asia 2025 di Sepang, hasil jemputan eksklusif dari JMR (Johor Motorsport Racing). Percayalah, bunyi enjin GT3 sahaja sudah cukup membuatkan jantung berdebar!

Dan yang terbaiknya acara ini masih berlangsung sehingga Ahad (13 April) dan masuk adalah percuma!


JMR: Nama Besar Dalam GT Asia

Aku dijemput masuk terus ke paddock JMR – dapat melihat sendiri kereta Corvette C8.R GT3, sesi persiapan sebelum perlumbaan, dan kawasan hospitaliti yang eksklusif.

Racer JMR yang bertanding:

  • HH Prince Abu Bakar Ibrahim (#66)
  • HH Prince Jefri Ibrahim (#99)
  • Jordan Love & Alex Sims (Co-drivers)

Dari sesi kelayakan hingga perlumbaan, satu perkara yang aku tak dapat lupakan adalah bunyi enjin yang sangat gempak!! Serius terkesima aku 😭

Pit stop depan mata je, view dari paddock dan pit wall suasana dalam lounge JMR, Peralatan & tayar yang tersusun macam dalam filem racing.


Merch Eksklusif JMR

Untuk korang yang nak bawak pulang something dari event ini, make sure singgah kat JMR Merchandise Corner dalam kawasan hospitaliti diorang. Ada macam-macam item menarik termasuk:

  • T-shirt & polo eksklusif JMR x Puma
  • Topi
  • Tote bag
  • Thermos
  • Cawan
  • Payung
  • Sling Bag
  • Notebook
  • Pen

Semua design memang nampak kemas, exclusive dan wajib masuk dalam koleksi peminat motorsport!


Untuk Korang Yang Nak Join Esok Masih Ada!

Hari ini (11 April) aku pergi dengan kawan aku Ewaan, tetapi esok aku nak pergi lagi bawak anak-anak sebab diorang pun minat kereta.

So kalau korang tengah mencari aktiviti hujung minggu dengan suasana motorsport yang sebenar, GT World Challenge Asia di Sepang ini memang terbaik!

Info penting:

  • Tarikh: Sabtu & Ahad, 12–13 April 2025
  • Lokasi: Sepang International Circuit
  • Masa: Race 1 (Sabtu 2:15 PM), Race 2 (Ahad 11:30 AM)
  • Tiket: MASUK PERCUMA
  • Link siaran langsung: YouTube GT World


Tips Penting Sebelum Datang

Cuaca kat Sepang agak tak menentu sekarang, kadang panas, kadang hujan. Jadi:

  • Sediakan payung (atau beli terus dari booth JMR!)
  • Kipas tangan kalau korang bawa anak kecik
  • Air minuman untuk mengelakkan dehidrasi
  • Pakaian selesa kerana mungkin korang perlu banyak berjalan kaki, maklumla sepang circuit tu luas.


Bawa Anak, Bawa Kamera, Enjoy!

Event ini bukan hanya untuk korang peminat lumba kereta je, tapi event ni jugak sesuai untuk seisi keluarga.

Korang boleh bawak anak-anak tengok kereta power depan mata, ambik gambar, dan rasai sendiri suasana motorsport yang sebenar.

Terima kasih JMR atas peluang eksklusif ini, dan aku harap korang jugak dapat merasai pengalaman seperti ini.

Jumpa kat Sepang guys!

moonjay

moonjay

Leave a Replay

About Me

Moonjay Goodman is a content creator and tech educator based in Malaysia, known for his sharp takes on gear, storytelling & digital trends. Trusted by over 400K followers across platforms.

Recent Posts

Follow ME

LATEST VLOG

Sign up for our Newsletter

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit