Minggu ni aku dapat rasa salah satu event motorsport paling gempak, GT World Challenge Asia 2025 di Sepang, hasil jemputan eksklusif dari JMR (Johor Motorsport Racing). Percayalah, bunyi enjin GT3 je dah cukup buat jantung berdebar!
Yang paling best, event ni masih berlangsung sampai Ahad (13 April) dan masuk pun percuma!
Masuk Paddock JMR, Nama Besar Dalam GT Asia

Aku dibawa masuk terus ke paddock JMR. Dapat tengok sendiri Corvette C8.R GT3 depan mata, sesi persiapan sebelum race, dan kawasan hospitaliti yang memang eksklusif.
Racer JMR yang bertanding:
- HH Prince Abu Bakar Ibrahim (#66)
- HH Prince Jefri Ibrahim (#99)
- Jordan Love & Alex Sims (co-drivers)
Dari sesi kelayakan sampai race, satu benda yang aku tak boleh lupa ialah bunyi enjin dia. Gempak gila!! Serius aku terkesima 馃槶
Pit stop depan mata je, view dari paddock dan pit wall, suasana dalam lounge JMR, siap dengan peralatan dan tayar yang tersusun macam dalam filem racing.
Merch Eksklusif JMR yang Wajib Singgah



Kalau korang nak bawak balik something dari event ni, jangan lupa singgah JMR Merchandise Corner dalam kawasan hospitaliti diorang. Macam-macam item ada:
- T-shirt & polo eksklusif JMR x Puma
- Topi
- Tote bag
- Thermos
- Cawan
- Payung
- Sling bag
- Notebook
- Pen
Semua design nampak kemas dan exclusive. Memang wajib masuk koleksi peminat motorsport. Dompet aku pun dah mula rasa tak sedap hati.
Esok Masih Sempat, Jom Join!



Hari ni (11 April) aku pergi dengan kawan aku, Ewaan. Tapi esok aku nak datang lagi bawak anak-anak, sebab diorang pun minat kereta.
Jadi kalau korang tengah cari aktiviti hujung minggu dengan suasana motorsport yang sebenar, GT World Challenge Asia di Sepang ni memang terbaik!
Info penting:
- Tarikh: Sabtu & Ahad, 12-13 April 2025
- Lokasi: Sepang International Circuit
- Masa: Race 1 (Sabtu 2:15 PM), Race 2 (Ahad 11:30 AM)
- Tiket: MASUK PERCUMA
- Link siaran langsung: YouTube GT World
Tips Sebelum Korang Datang


Cuaca kat Sepang sekarang agak tak menentu, kejap panas, kejap hujan. Jadi:
- Bawa payung (atau beli terus dari booth JMR!)
- Kipas tangan kalau korang bawa anak kecik
- Air minuman supaya tak dehidrasi
- Pakaian selesa, sebab korang mungkin kena banyak berjalan. Maklumlah, Sepang circuit tu luas.
Bawa Anak, Bawa Kamera, Enjoy!



Event ni bukan untuk kaki lumba kereta je. Satu family pun boleh enjoy sama-sama.
Bawak anak-anak tengok kereta power depan mata, ambik gambar, dan rasa sendiri suasana motorsport yang sebenar.
Bunyi enjin GT3 depan mata tu, video mana pun tak boleh lawan.
Terima kasih JMR atas peluang eksklusif ni. Aku harap korang pun dapat rasa pengalaman macam ni.
Jumpa kat Sepang, guys!



