( MIC & AUDIO )

Nothing Headphone (1) Pro Masuk Malaysia, RM1,499 dengan Driver xMEMS dan ANC 46dB

Headphone flagship kedua Nothing datang dengan tiga driver, ANC lebih kuat dan suis Flat EQ fizikal.

Moonjay Goodman
By Moonjay GoodmanTECH REVIEWER
30 OCT 2026
Nothing Headphone (1) Pro Masuk Malaysia, RM1,499 dengan Driver xMEMS dan ANC 46dB

Nothing dah bawa masuk headphone flagship kedua dia ke Malaysia. Nothing Headphone (1) Pro dijual pada harga RM1,499, dengan pre-order dibuka sejak 6 Oktober 2026.

Kalau korang ingat Headphone (1) tahun lepas, yang ni versi Pro yang naik taraf hampir semua benda: driver, ANC, bateri dan bahan binaan. Ada dua warna, Black dan White.

Nothing Headphone (1) Pro dalam warna putih dan hitam, sebelah menyebelah

Tiga driver, termasuk xMEMS

Ni benda paling menarik. Nothing guna tiga driver dalam setiap cup:

  • Driver dinamik 40mm: untuk bass, dengan diafragma PET dan kubah metal-ceramic. Ikut Nothing, 15% lebih punch dan 26% lebih sensitif
  • Driver dinamik 13脳8mm (PEN): untuk mid yang lebih jelas
  • Driver xMEMS solid-state: untuk treble, dengan diafragma silikon yang 95 kali lebih keras

Julat frekuensi 20Hz hingga 40kHz, dan ia sokong Hi-Res Audio sama ada guna wayar atau wireless. Pasang kabel USB-C, korang dapat lossless sampai 24-bit/192kHz. Guna kabel AUX 3.5mm, sampai 24-bit/96kHz.

Nothing Headphone (1) Pro warna putih terapung atas latar gelap

ANC sampai 46dB

ANC adaptif dia boleh sampai 46dB, guna 10 mikrofon dan baffle silikon 8mm. Nothing kata ia 5dB lebih kuat dan liputan 40% lebih luas berbanding Headphone (1).

Untuk call pula ada Clear Voice, dengan dua mic khas di setiap sisi supaya suara korang lebih jelas.

Tiga lelaki memakai Nothing Headphone (1) Pro warna hitam

Ditala dengan Metropolis Studios

Bunyi dia ditala bersama Metropolis Studios di London. Yang best, ada suis Flat EQ fizikal kat cup. Tolak sekali, terus dapat bunyi rata macam monitor studio tanpa buka app.

Dalam app Nothing X, ada 5 profil EQ Metropolis, Advanced EQ dan Personal Sound. Ada juga Dynamic Spatial Audio "Studio B" dengan head tracking.

Close-up suis Flat EQ fizikal pada cup Nothing Headphone (1) Pro
Dua Nothing Headphone (1) Pro atas konsol mixer studio

Bateri sampai 68 jam

Bateri 1060mAh. Ni angka rasmi Nothing:

  • AAC: 68 jam (ANC off), 30 jam (ANC on)
  • LDAC: 53 jam (ANC off), 28 jam (ANC on)
  • Talk time: 40 jam (ANC off), 33 jam (ANC on)
  • Fast charge: cas 5 minit dapat 4 jam (ANC off) atau 2 jam (ANC on)
  • Cas penuh: lebih kurang 2 jam

Binaan aluminium, kaca dan titanium

Cup dia diperbuat dari aluminium yang dimesin dari satu blok, dengan kaca Panda Glass 9H di bahagian luar. Lengan titanium 45% lebih ringan.

Kusyen telinga 50% lebih lembut, headband 10% lebih lebar dengan padding 12% lebih tebal. Berat 327g, dan ada rating IP52.

Close-up kaca dan aluminium pada cup Nothing Headphone (1) Pro dengan aksen merah

Kawalan fizikal ada tiga: roller (volume, play/pause, ANC), paddle (skip lagu, call) dan butang (ChatGPT atau shutter kamera).

Sambungan

  • Bluetooth 6.1, dual connection dan Auracast
  • Google Fast Pair dan Microsoft Swift Pair
  • Codec AAC, SBC, LDAC dan LC3 (broadcast)
  • Mod latency rendah untuk game

Dalam kotak

Datang dengan hardshell case berlapik TPU siap dengan gelung strap, kabel 3.5mm dan kabel USB-C.

Hardshell case putih Nothing Headphone (1) Pro dengan pemegang
Isi kotak Nothing Headphone (1) Pro: headphone, case, kabel dan kotak

Harga di Malaysia

Harga rasmi Malaysia RM1,499. Sebagai perbandingan, harga di Amerika US$399 (Headphone (1) dulu US$299).

Pre-order dibuka sejak 6 Oktober 2026, dan boleh dibeli di nothing.tech, flagship store rasmi di Shopee, Lazada dan TikTok Shop, Nothing Image Store, TMT dan Urban Republic.

Mana nak beli?

Kalau nak semak harga dan promo semasa di Shopee, ni link kedai yang jual barisan penuh Nothing:

Semak harga Nothing Headphone (1) Pro di Shopee

Harga di Shopee mungkin berbeza dari harga rasmi bergantung pada promo, dan sesetengah unit dijual secara pre-order. Semak tarikh penghantaran sebelum checkout ya.

Aku paling suka idea suis Flat EQ tu. Simple, tapi berguna gila untuk creator yang nak dengar bunyi sebenar. Korang team hitam atau putih? 馃槃

Semua gambar: Nothing (rasmi, nothing.tech). Sumber: Nothing Malaysia.

Enjoyed this article?

( TAGS )
#Nothing#Nothing Headphone (1) Pro#ANC Headphone#xMEMS#Hi-Res Audio

Read next

All articles