( EVENT & LAUNCH )

IAM KL 2026 di MAEPS: 70mai Lancar Dashcam 4K A900, Kereta Modifikasi Pun Gempak

Atas jemputan 70mai, saya turun ke pameran car tuning paling meriah hujung minggu ni. Ni apa yang saya nampak.

Moonjay Goodman
By Moonjay GoodmanTECH REVIEWER
08 NOV 2026
IAM KL 2026 di MAEPS: 70mai Lancar Dashcam 4K A900, Kereta Modifikasi Pun Gempak

Hari ni saya turun ke International Automodified (IAM) Kuala Lumpur 2026 di MAEPS Serdang, atas jemputan 70mai. Tahun ni IAM bergabung dengan Malaysia Auto Xpo (MAX) 2026, jadi suasana memang meriah dari luar dewan sampai ke dalam.

Pintu masuk Hall A IAM x MAX di MAEPS Serdang dengan papan tanda International Automodified

Apa itu IAM KL 2026?

IAM ialah siri pameran car tuning dan lifestyle yang dah bergerak ke banyak negara. Edisi Kuala Lumpur tahun ni berlangsung pada 7 dan 8 November 2026 di MAEPS Serdang, sebahagian daripada MAX 2026.

  • Waktu: mula 10 pagi
  • Tiket: RM35 di pintu (presale RM25), kanak-kanak bawah 10 tahun percuma
  • Aktiviti: pertandingan kereta modifikasi, drift show, drift kart untuk budak-budak, diecast, dyno challenge, sim racing dan banyak lagi
Pengunjung berjalan di laluan luar dewan MAEPS dengan kereta dipamer di tepi

70mai lancar dashcam 4K A900 series

Ni sebab utama saya datang. 70mai yang tahun ni sambut ulang tahun ke-10 (2016 hingga 2026) bawa booth oren hitam yang besar, dan lancarkan 4K A900 series dengan tagline "Dual True 4K. Dual HDR. Every Frame Synced."

Booth 70mai berwarna oren dan hitam dengan logo bercahaya di IAM KL 2026

Maksudnya, kamera depan dan belakang dua-dua rakam 4K (3840 x 2160) dengan HDR. Ada dua model:

  • 70mai A900: sensor GC8613 depan dan belakang, aperture f/1.55, sudut 140掳, skrin 3.18 inci
  • 70mai A900 Ultra: sensor Sony STARVIS 2 IMX678 depan dan belakang, kamera belakang LVDS, skrin 3 inci, dan AI motion detection dengan pre-recording masa parking
Dashcam 70mai 4K A900 dengan skrin menunjukkan jam dan kamera belakang di atas stand

Feature yang dikongsi kedua-dua model:

  • 4G Cloud+ 2.0: live view dari jauh, notifikasi app, jejak GPS live, muat turun video dari jauh dan panggilan suara dua hala (perlu 4G Hardwire Kit UP11)
  • Parking surveillance 24 jam
  • GPS terbina dalam dan amaran keletihan pemandu
  • Supercapacitor, lebih tahan panas berbanding bateri
  • Rakaman kecemasan sampai 190 saat sebelum dan 30 saat selepas hentaman
  • Kad memori sampai 512GB dan waranti 36 bulan
Dashcam 70mai A900 dan A900 Ultra dengan kamera belakang

Di booth juga ada 4K F800, dashcam 4 saluran dengan rakaman 360掳.

Harga

Harga promo di booth yang saya nampak hari ni:

  • A900 Set: RM629
  • A900 Ultra Set: RM999

Di laman rasmi 70mai Malaysia, A900 Set 128GB disenaraikan RM899 dan A900 Ultra Set 128GB RM1,309 (tanpa add-on), dengan diskaun yang berubah ikut promo. Jadi harga booth memang berbaloi kalau korang sempat.

Dashcam 70mai A900 Set dan A900 Ultra dengan tanda harga promo di booth

Satu lagi, setiap pembelian dashcam 70mai yang layak dan didaftar dalam app 70mai dari 1 Januari hingga 31 Disember 2026 dapat satu peluang cabutan bertuah untuk menang Proton e.MAS 5.

Shayiq Kyle di booth 70mai

Pelakon Shayiq Kyle pun ada di booth 70mai, siap bergambar dengan peminat depan backdrop A900 series. Booth 70mai juga pamerkan pengiktirafan dari ASEAN Records dan Asia Records.

Shayiq Kyle bergambar di booth 70mai depan backdrop 4K A900 series dengan plak ASEAN Records dan Asia Records

Anak-anak saya pun ikut sekali dan sempat bergambar dengan Shayiq Kyle.

Shayiq Kyle bergambar dengan anak-anak Moonjay Goodman depan backdrop 70mai 4K A900

Kereta yang curi perhatian saya

IAM memang syurga kaki modifikasi. Ni antara yang saya sempat snap:

Toyota GT86 Rocket Bunny Pandem

Widebody penuh dengan livery merah hitam, canard depan dan rim lebar. Ramai orang berkumpul depan kereta ni.

Toyota GT86 widebody Rocket Bunny Pandem merah hitam di sebelah Audi TT di depan banner IAM

Nissan Skyline GT-R R34

Biru Bayside klasik dengan livery KK8 Sport. Legenda yang tak pernah jemu tengok.

Nissan Skyline GT-R R34 warna biru dengan livery KK8 Sport

Stance dan wrap yang berani

Kereta Mazda kelabu diturunkan sangat rendah dengan rim lebar berkilat
Audi dengan wrap pink dan hitam bertema serigala XADO
Close-up rim chrome dan kereta biru yang diturunkan rendah atas karpet merah
Kei car biru kelabu dengan plat Jepun dan bonet terbuka

Supercar dengan body kit

Barisan supercar dalam dewan pun tak kurang hebat. Lamborghini Hurac谩n dengan hood forged carbon DarwinPro, dan McLaren 720S hitam matte dengan rim emas.

Lamborghini Huracan kuning dengan hood forged carbon di sebelah McLaren 720S hitam
Anak Moonjay Goodman berdiri di sebelah Lamborghini Huracan kuning
McLaren 720S hitam matte dengan jalur merah dan rim emas
Lamborghini Gallardo kuning dipamer di dalam dewan

Wrap dan tema paling kreatif

Ni bahagian yang paling seronok. Ada Honda Civic tema Doraemon, Mercedes-AMG dengan livery Hot Wheels khas IAM KL, dan kereta penuh tema Minions sampai ke lantai booth.

Honda Civic dengan wrap Doraemon di barisan kereta Mazda RX-7 dan Honda S2000
Mercedes-AMG dengan wrap Hot Wheels pink dan ungu bertulis IAM Kuala Lumpur
Kereta dengan wrap tema Minions di pantai dan rim emas
Ford Raptor hijau dengan branding Milo dan payung Milo

Klasik dan track

Volvo 240 klasik dengan livery perlumbaan Nordica
Porsche 911 Turbo klasik warna merah
Porsche Cayman GT4 dengan livery oren, putih dan biru
Toyota GR Yaris widebody putih dengan rim putih
Toyota GR86 di booth Motorsport Playground
BMW 5 Series warna ungu dengan roof box
Toyota Tank putih diturunkan rendah dengan rim chrome
Ford Mustang merah dengan jalur hitam di luar dewan MAEPS

Untuk peminat motosikal pun ada, contohnya Ducati Panigale V4 merah ni.

Ducati Panigale V4 merah di booth GGR Motor

Drift show dan drift untuk budak-budak

Walaupun hujan, drift show di luar dewan tetap jalan. Nissan 350Z biru ni main atas permukaan basah, lagi menarik untuk ditengok.

Nissan 350Z biru beraksi di litar drift basah di MAEPS

Yang best, ada juga Family Drift Kart dari D Lap untuk budak-budak. Tagline dia "Kids Can Drift", dan memang ramai budak beratur nak cuba.

Budak menunggang drift kart ungu di litar kon dalam dewan MAX

Syurga diecast

Kaki koleksi memang boleh habis duit kat sini. Ada deretan gerai Hot Wheels, dari edisi vintage sampai Hot Wheels Premium dan Mini GT. Ada juga figura dan mainan lain.

Meja penuh diecast Hot Wheels, Mini GT dan kotak Hot Wheels Premium
Rak Hot Wheels edisi lama dalam pek blister
Anak Moonjay Goodman di gerai figura, diecast dan mainan

Suasana di luar dewan

Orang ramai berkumpul mengelilingi Toyota Supra putih dan kereta lain di luar dewan

Kalau lapar, deretan food truck dan gerai makanan ada di luar dewan. Dari milkshake sampai kebab shawarma.

Deretan food truck di luar dewan MAEPS

Mana nak beli 70mai A900?

Korang boleh semak A900 dan A900 Ultra di laman rasmi 70mai Malaysia:

Semak harga 70mai A900 series

Terima kasih 70mai sebab jemput saya. Pada saya, dashcam 4K depan belakang dengan 4G cloud memang dah jadi keperluan sekarang, bukan lagi aksesori. Korang pergi IAM tahun ni? Kereta mana paling korang suka? 馃殫

Semua gambar: Moonjay Goodman, kecuali gambar produk A900 dan A900 Ultra: 70mai. Spesifikasi dan harga laman rasmi: 70mai Malaysia. Info event: Ticket2U, Yamchatime.

Enjoyed this article?

( NEWSLETTER )

Tech drops in your inbox.

One short email when a new review or launch drops. No spam.

( TAGS )
#IAM KL 2026#70mai#70mai A900#Dashcam#MAEPS

Read next

All articles