( SMARTWATCH & WEARABLE )

COROS PACE 4 Pro: Hands-on Masa Launch Malaysia

Jam running paling terang COROS pernah buat. Amacam, ngam tak dengan harga RM1,999?

Moonjay Goodman
By Moonjay GoodmanTECH REVIEWER
26 OCT 2026
COROS PACE 4 Pro: Hands-on Masa Launch Malaysia

Amacam korang, ada yang tengah usha jam running baru? Minggu lepas aku sempat datang majlis pelancaran COROS PACE 4 Pro kat Malaysia, dan jujur cakap, skrin dia terang gila. Jam ni rasmi dijual mulai 21 Oktober 2026 dengan harga RM1,999.

Aku sendiri pakai PACE 4 biasa hari-hari, jadi memang aku excited nak tengok apa beza versi Pro ni. Jom aku cerita.

Pentas majlis pelancaran COROS PACE 4 Pro di Malaysia dengan banner jam hitam dan putih

Harga COROS PACE 4 Pro di Malaysia

Harga rasmi COROS PACE 4 Pro kat Malaysia ialah RM1,999. Masa launch tu, COROS umum terus kat skrin besar, siap aku rakam lagi. Sebagai perbandingan, harga global dia US$449.

Slide harga rasmi COROS PACE 4 Pro Malaysia MYR 1,999 di skrin majlis pelancaran

Ada dua warna, hitam dan putih. Strap default dia nylon, tapi ada juga pilihan strap silikon.

COROS PACE 4 Pro warna hitam dan putih dengan strap silikon

Skrin AMOLED 1.47 inci yang terang gila

Ni la highlight utama. PACE 4 Pro guna skrin AMOLED 1.47 inci (466 x 466), skrin paling besar COROS setakat ni. Brightness boleh sampai 3,500 nits, jadi tengah panas terik pun senang baca. Cermin dia sapphire glass dan bezel titanium, memang nampak premium bila pegang.

Tangan memegang COROS PACE 4 Pro putih dengan skrin AMOLED terang menunjukkan masa

Refresh rate dia adaptive, dari 1Hz sampai 60Hz. Satu lagi benda yang aku suka, satu skrin boleh muat sampai 13 data field masa running, tak payah swipe-swipe. Skrin tu pun boleh jadi lampu suluh, cool gila.

Close-up COROS PACE 4 Pro hitam dengan bezel titanium dan butang mahkota

Bateri GPS sampai 60 jam

Untuk orang yang buat long run atau trail, bateri memang penting. Ni angka rasmi COROS:

  • GPS: sampai 60 jam, atau 45 jam dengan Always On Display
  • Max GPS mode: 40 jam, atau 30 jam dengan Always On Display
  • Guna harian: sampai 21 hari, atau 7 hari dengan Always On Display

Lagi satu, berat dia cuma 43g dengan strap nylon (body je 38g) dan tebal 11.8mm. Ringan, mesti selesa pakai tidur.

Slide spec rasmi COROS PACE 4 Pro menunjukkan skrin, dimensi, sensor, memori dan bateri

Offline map, storage 32GB dan sensor penuh

PACE 4 Pro ada offline map global dengan nama jalan, nama trail, contour dan tempat menarik, siap turn-by-turn navigation. COROS kata zoom map jadi smooth sebab skrin 60Hz. Storage pula 32GB, cukup untuk map, lagu dan audiobook.

Slide offline map global COROS PACE 4 Pro dengan tiga jam menunjukkan peta

Sensor dia pun lengkap:

  • Sensor heart rate optical generasi ke-4
  • ECG dan SpO2
  • GPS dual-frequency
  • Barometer, thermometer dan 9-axis IMU
  • Speaker dan mic untuk voice pins dan voice assistant

Untuk recovery, ada overnight HRV, sleep score dan heart rate recovery. Untuk safety pula ada live tracking, pace strategy, weather widget, altitude alert dan storm alert.

Masa launch, COROS siap rendam jam ni dalam tangki air. Rating dia 5 ATM, jadi berenang pun lepas.

COROS PACE 4 Pro putih direndam dalam tangki air jernih masa demo kalis air

PACE 4 vs PACE 4 Pro, beza apa?

Aku sendiri pakai PACE 4 (yang biasa, bukan Pro), jadi ni perbandingan ringkas dari sudut aku:

  • Skrin: PACE 4 guna AMOLED 1.2 inci, Pro 1.47 inci yang lagi besar dan terang
  • Bateri GPS: PACE 4 sampai 41 jam, Pro sampai 60 jam
  • Guna harian: PACE 4 sampai 19 hari, Pro sampai 21 hari
  • Bahan: Pro dapat bezel titanium dan sapphire glass
  • Harga: PACE 4 RM1,099, Pro RM1,999
COROS PACE 4 hitam di pergelangan tangan Moonjay

Kalau korang nak jam ringan untuk running harian, PACE 4 dah cukup ngam. Tapi kalau nak skrin besar, map yang smooth dan bateri lagi lasak, Pro memang berbaloi upgrade.

Dinding display COROS menunjukkan PACE 4 dan PACE 4 Pro bersebelahan dengan spec masing-masing

Yang best dan yang kurang

Yang best:

  • Skrin AMOLED 3,500 nits, terang gila bawah matahari
  • Bateri GPS 60 jam
  • Offline map global dengan storage 32GB
  • Ringan, 43g dengan strap nylon

Yang kurang:

  • Harga RM1,999, RM900 lebih mahal dari PACE 4
  • Kabel USB-C tak ada dalam kotak, cuma adapter charging
  • Untuk yang running santai je, banyak feature mungkin tak terguna
Pelari memakai COROS PACE 4 Pro di hadapan Menara Eiffel di Paris

Mana nak beli COROS PACE 4 Pro?

Ikut COROS Malaysia, korang boleh dapatkan kat:

  • Kedai dan website Pangu Running
  • Shopee: COROS Official Store
  • Lazada: COROS Flagship Store
  • Peruncit rasmi COROS Malaysia

Harga kat Shopee COROS Official Store masa aku check pada 26 Oktober 2026 ialah RM2,221 (pre-order), jadi tengok voucher dulu sebelum checkout. Boleh semak harga terkini kat sini.

Jadi amacam korang, PACE 4 Pro ni ngam tak dengan gaya running korang? Ke korang stay dengan PACE 4 macam aku dulu? 馃槃

Enjoyed this article?

( TAGS )
#COROS#COROS PACE 4 Pro#COROS PACE 4#Running Watch#GPS Smartwatch

Read next

All articles